[Home] [Profil Sekolah] [Pentadbiran] [Pencapaian Sekolah] [Peperiksaan] [Pusat Sumber Sekolah ] [Informasi] [Album Pilihan ] [Download] [Renungan]

Monday, March 5, 2012

Dasar MBMMBI

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) harus dihormati dan diterima baik semua pihak, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.
"Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.
"Pada hari ini kita tahu sesetengah guru bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap...jadi kalau sesetengah sekolah nak bahasa Inggeris (tetapi)sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII di sini, Sabtu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.
"Kita sedar mungkin sebahagian daripada mereka itu menghendaki supaya kita tidak mengetepikan bahasa Inggeris...mereka punya kebimbangan kalau perubahan dasar ini bermakna bahasa Inggeris itu tidak diberikan perhatian.
"Sebab itu kita ubah dari PPSMI kepada MBMMBI kerana kedua-duanya ada... bahasa Melayu untuk kita martabatkan dan bahasa Inggeris untuk kita perkukuhkan," katanya.

Wednesday, February 22, 2012


ICT LITERACY FOR PRIMARY SCHOOL

Surat siaran/pekeliling pelaksanaan ICTL di sekolah (klik untuk download)

PELAKSANAAN PROGRAM ICTL SEKOLAH RENDAH TAHUN 5

Kepada semua Guru Bahasa Inggeris Tahun 5,

Pelaksanaan Program ICT Literacy for Primary School (ICTL) bagi tahun 5 dicadangkan bermula sejak bulan Julai 2011. Oleh yang demikian, guru-guru perlu melaksanakan program ini pada sesi 2012. Program ini perlu dijalankan pada waktu P&P Bahasa Inggeris. Tempoh pelaksanaan program ini ialah selama 3 bulan iaitu bermula dari Bulan Januari gingga Bulan Mac.
Untuk membantu guru, buku program ICTL untuk Tahun 5 boleh dimuat turun dengan menekan butang berkaitan di ruang pautan di sebelah.


Sekian harap maklum.